sila klik utk derma!!

payung merah jambu

Saturday, June 23, 2012

Bayi Sembelit – Apa Yang Anda Perlu Lakukan


Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi anda mengalami sembelit ?

Mandikan bayi anda
Apabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan segar dan ini membantunya untuk membuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Ketika mencuci bahagian bawah, anda boleh
menyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus.

Mengurut dengan lembut perut bayi
Proses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secara perlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakan krim atau minyak bayi
(baby’s oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda boleh teruskan proses ini.

Jangan menggunakan jari
Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluaran najis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.

Lebihkan makanan serat dan sayuran
Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkan makanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikan bayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.

Dapatkan nasihat pakar kesihatan
Anda juga boleh berjumpa dengan pakar kesihatan anda dan berbincang tentang susu formula yang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain. Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyai masalah sembelit.

Petua Untuk Bayi Sembelit

Petua 1
Jika bayi berusia 2 atau 3 bulan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar beberapa hari, cubalah petua ini.Layur beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Letakkan daun kunyit itu di atas perut bayi.InsyaAllah beberapa minit kemudian bayi anda pasti akan membuang air besar.

Petua 2
Ambil secamca madu lebih lalu bancuhkan dengan segelas air kemudian beri bayi minum. Insyaallah jika anda yakin pasti berjaya. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment