sila klik utk derma!!

payung merah jambu

Thursday, December 15, 2011

Tip dapatkan anak pintar

Tip dapatkan anak pintarSiri 4
31. DHA dijumpai dalam membran sel dalam tubuh, namun lebih tinggi dalam otak, mata dan saraf. Adalah penting bagi ibu-ibu hamil untuk mengambil secukupnya makanan yang kaya dengan DHA untuk memaksimumkan perkembangan otak dan penglihatan bayi. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen DHA semasa hamil dan diberikan susu ibu adalah lebih bijak. Minyak ikan tuna yang kaya dengan DHA merupakan suplemen untuk kecerdasan otak bagi kanak-kanak yang bersekolah, wanita hamil dan ibu menyusu.

32. DHA sangat diperlukan semasa trimester ketiga (minggu 28 hingga 40) kehamilan, apabila perkembangan otak janin berada pada tahap maksimum, tetapi masa terbaik untuk memulakan adalah saat bermulanya trimester kedua (minggu 13 hingga 27), semasa keadaan janin stabil. Minyak ikan tuna mengandungi 27 peratus DHA dan 7 peratus EPA yang menyerupai kandungan susu ibu dan sesuai untuk wanita hamil dan ibu menyusu.

33. Mengambil kalsium secukupnya penting semasa hamil. Pengambilan sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium bersama dengan mineral lain seperti magnesium, mangan, zink dan vitamin D akan membantu perkembangan bayi dan mengelak kehilangan mineral tulang di kalangan ibu hamil.

34. Wanita hamil mudah mendapat jangkitan yis/kulat akibat perubahan hormon. Diet yang sihat penting untuk melawan jangkitan kerana kulat memerlukan gula. Diet seharusnya bebas yis, kulat, makanan bergula dan makanan yang melalui proses penapaian. Elakkan semua jenis gula dalam jus, jem, madu, buah-buahan kering, roti putih dan produk tenusu. Pengambilan bakteria bermanfaat Lactobacillus GR-1 dan Lactobacillus RC-14 secara berterusan membantu mengelak dan mengurangkan kekerapan masalah urogenital.

35. Pengambilan minyak ikan merupakan cara mudah untuk mendapat jumlah asid lemak poli tak tepu omega 3, EPA dan DHA yang mencukupi. Ia penting untuk mengelak penyakit jantung, mengekalkan fungsi mata dan saraf yang sihat, menangani masalah keradangan serta mengelak kemurungan selepas bersalin.

36. Tambahkan serat dalam diet seperti sayur berdaun hijau, bran oat, beras perang. Elakkan makanan berlemak untuk memperbaiki masalah penghadaman dan sembelit semasa hamil. Jangan makan berlebihan, tetapi boleh makan lebih kerap dengan jumlah yang lebih kecil. Wanita hamil digalakkan mengambil probiotik seperti Lactobacillus acidophilus NCFM� untuk melawan sembelit dan memperbaiki kesihatan usus.

37. Bayi yang diberikan susu formula mempunyai jumlah bakteria bermanfaat yang rendah dalam usus. Pengambilan Lactobacillus LA-5 dan Bifidobacteria BB-12 akan membantu melawan bakteria berbahaya dan mengelak penyakit. Ia membantu memecahkan makanan, seterusnya mengurangkan ketidakselesaan perut serta memperbaiki penyerapan nutrien dan selera makan kanak-kanak.

38. Lactobacillus acidophilus LA-5� dan Bifidobacterium BB-12� telah dikaji secara intensif dan didapati bermanfaat untuk kanak-kanak. Kajian menunjukkan ia mengurangkan jangka masa, tahap dan simptom ekzema atopi di kalangan bayi. Kajian lain juga menunjukkan kedua-dua strain bakteria ini mengurangkan kejadian ruam, cirit-birit dan kesukaran membuang air besar serta menggalakkan tumbesaran yang sihat.

39. Pengambilan antibiotik membunuh kedua-dua bakteria baik dan berbahaya serta boleh mengakibatkan cirit-birit. Pengambilan probiotik membantu mengurangkan kejadian cirit-birit akibat antibiotik. Ia selamat diambil walaupun dalam dos yang tinggi sama ada oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.

40. Kolik infantil biasanya terjadi di kalangan bayi yang berusia antara 2 minggu dan boleh berlarutan sehingga 4 bulan. Tangisan yang lama dengan muka yang kemerahan disertai otot abdomen yang menegang merupakan simptom biasa. Tanganinya dengan beberapa titisan L. Reuteri 100 juta cfu setiap hari. Anda juga akan memperolehi tidur yang lebih berkualiti.

No comments:

Post a Comment