sila klik utk derma!!

payung merah jambu

Monday, August 8, 2011

Tips cepat hamil

Baru je jumpa tips ni..teruja nk try..so weekend ni boleh la g cari benda2 ni..dh jenuh tgu org baru..huhu. Hopefully menjadi la..sbb mak soh try set biodex..tp mahal sgt..sbb de org yg x berjaya pun slps habis 4k..so xnk frust sgt la kan..try yg cheaper dulu.. wani dpt tips ni dari blog org..so wanie nk share kt sini selain utk ruj wanie jugak

Tips 1 :: Susu Kambing dan Kurma

Minum susu kambing fresh dari ladang dan makan kurma.ataupun blendkan susu kambing bersama kurma.untuk kesihatan dan kesuburan.bila subur peratus untuk dapat cahaya mata itu tinggi la kan. baik lelaki mahupun perempuan, oleh cuba. insyaAllah, dengan izin Allah.

Tips 2 :: Pengambilan Susu Anmum (susu untuk orang mengandung)

selalu orang yang tengah pregnant ja yang minum susu ni. tapi menurut kata achik,menurut kata doktor,beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil bole dah minum. persediaan untuk hamil la.means, macam kitaorang yang akan kahwin 2,3 bulan lagi ni boleh la minum. dan untuk elakkan salah sangka, sila tukarkan susu kedalam bekas lain.yala, nanti orang tengok dok minum susu anmum,ingat kita pregnant sebelum kahwin plak.takkan tak tau orang zaman skang, byk masa nak mengumpat dan berprasangka.

Tips 3 :: Pengambilan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

asid folik boleh didapati di farmasi dalam bentuk pil. tak mahal pun. sekotak ada beberapa papan (byk jugak) dan harga dalam RM30. kalau mahal pun takpa. yang penting kesihatan diri dan bakal baby.makan sekurang-kurangnya 400mcg sehari, sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung.

Tips 4 : try pulak urutan tradisional , pil maharani @ bai feng wan dan pengambilan set biodex !! akhirnya..melekat jugak..selain itu , jgn lupa utk solat hajat.. dah usaha banyak , perlulah berdoa dan tawakkal.. alhamdullah..raya tahun depan , de org baru :)  1k jugak la habis..huhu.. xpe la , usaha itu tangga kejayaan..bile kita susah dpt, kita akan lebih menghargai kan.. Sekian..


credit to http://loveislifetolive.blogspot.com/2010/12/31-tips-sebelum-kahwin-1.html

No comments:

Post a Comment