sila klik utk derma!!

payung merah jambu

Thursday, September 6, 2012

Shicida Method - Teknik Mendidik Anak Cepat Pandai

Shicida Method ialah teknik jepun dalam mengajar anak-anak untuk menjadi seorang kanak-kanak yang bijak dan berkaitan dengan penggunaan otak kanan.

Dan saya nak kongsi di sini mengenai teknik Jepun melatih anak-anak berfikir menggunakan otak kanan. Copy paste serta sedikit ilmu yang pernah saya dengar. Mari kita berkongsi ilmu dan cuba fahami j
iwa kanak-kanak ^_^
**Info : Otak kanan lebih kepada kekreatifan, otak kiri cenderung kepada kira-kira

1)Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2)Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air ( water colour ) , melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna, bunyi dan sebagainya. Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut . Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along jangan bising.

Sumber : Berita Harian 2008

Saturday, June 23, 2012

Bayi Sembelit – Apa Yang Anda Perlu Lakukan


Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi anda mengalami sembelit ?

Mandikan bayi anda
Apabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan segar dan ini membantunya untuk membuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Ketika mencuci bahagian bawah, anda boleh
menyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus.

Mengurut dengan lembut perut bayi
Proses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secara perlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakan krim atau minyak bayi
(baby’s oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda boleh teruskan proses ini.

Jangan menggunakan jari
Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluaran najis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.

Lebihkan makanan serat dan sayuran
Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkan makanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikan bayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.

Dapatkan nasihat pakar kesihatan
Anda juga boleh berjumpa dengan pakar kesihatan anda dan berbincang tentang susu formula yang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain. Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyai masalah sembelit.

Petua Untuk Bayi Sembelit

Petua 1
Jika bayi berusia 2 atau 3 bulan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar beberapa hari, cubalah petua ini.Layur beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Letakkan daun kunyit itu di atas perut bayi.InsyaAllah beberapa minit kemudian bayi anda pasti akan membuang air besar.

Petua 2
Ambil secamca madu lebih lalu bancuhkan dengan segelas air kemudian beri bayi minum. Insyaallah jika anda yakin pasti berjaya. Selamat mencuba!

Sunday, June 3, 2012

USE & CARE OF YOUR TUPPERWARE PRODUCTS


Tupperware Brands products are guaranteed for a lifetime of service with minimum care. Now I will share with you a few tips on cleaning, storing and to maintain your Tupperware in good condition. Follow these simple steps for the best results.

CLEANING

As you cleaning your tupperware using hand-wash, make sure you use:


  • warm, soapy water and a soft sponge to avoid any scratches to your precious Tupperware.
  • Dry it with soft towel or air-dry away from direct heat.
  • Avoid any abrasive cleaners as these will dull the finish or leave scratches.
  • Baking soda paste can be use to remove any stain or to get rid of stickiness. 

STORING



  • Hot liquid that contains fat - you must cool it before you place it in your Tupperware. Hot liquid can damage the container.
  • Hot beverages made with boiling water - Let the liquid cool before applying the seal.
  • If seal too tight, place it in hot water for a few minutes then apply it to the container while the seal is still warm.
  • Liquid storage in containers - keep it in upright position unless it is from "Classic Round Seals Product" which is "liquid tight".

REHEATING FOOD IN MICROWAVE



  • Reheatable products are mainly for reheating foods, NOT cooking foods inside it.
  • Do not use reheatable products:

          - In the conventional oven.
          - On the stove.
          - Under a grill
          - In convection wave.

  • Do not  use containers in the microwave with the seal on it.
  • Reheating tomatos or chilli-based sauces and food may cause staining to your pretty Tupperware.
  • Avoid reheating foods high in fat or sugar content as they reach higher temperature quickly and may cause damage to your containers.

COOKING FOODS IN MICROWAVE



  • Use only TupperWave products only in microwave.
  • Do not use in conventional oven, under a grill or on the stove.
  • Always use pot holder to handle containers after cooking in microwave.
  • Use plastic or wooden utensil to avoid scratches.
  • Avoid cooking small amount of food high in fat and high sugar content.

Cleaning Guide for TupperWave and Reheatable Products



  • Wash containers and seals in warm soapy water.
  • Soak in hot, soapy water if food is sticky or baked on.
  • For persistent stains, use of the following:

           - non-scratching cleaner
           - non-scratching pad
           - strong solution of detergent and water.

TuPpErWaRe MeMbErShIp PrOmO


Kelebihan BISNES TUPPERWARE dan MENJADI AHLI TUPPERWARE
  • Modal rendah dan tiada risiko
  • Boleh dijalankan secara part time atau full time
  • Ganjaran keuntungan sehingga 20% - 25% - diskaun ahli maksimum sehingga 25%
  • Potensi pendapatan tanpa had - sila rujuk TUPPERWARE BUSINESS PLAN
  • Produk TUPPERWARE - berkualiti dan "can sell by themselves" - jaminan pasaran

Tupperware Bisnes Plan :

There are 3 Consultant Ranks..

CONSULTANT

Consultants move up the Ranks with Qualified* Recruits. Consultant can earn from:

1) Retail profit of Tupperware Brands Products - Dealer's price is less than normal retail price. (20% less)

2) Free vouchers as welcome gift - Consultant can purchase more products cheaper for a start sample.


Once you have sign up as a Dealer/Consultant, you must make a purchase of RM150 retail value so that your membership is counted for. To be a qualified recruit, a new consultant must make a purchase of any amount within 21 days of joining. Consultants have to maintain a minimum of RM500 per year, or subscribe to Inspira Magazine at RM30 per year to avoid discontinuance of your membership.

STAR CONSULTANT

Star consultant can earn from retail profit which he/she will gets an extra 5% (total of 25% discounts). To be qualified as Star Consultant:

1) Have minimum of 2 recruits - either directly under her or one recruit under her recruits another person. Star Consultant may have 2 - 5 recruits.


2) Eligible for overriding commission (3% - 2% - 1%) from downline.

3) Have to maintain a minimum of RM500 personal sale per month to qualify for overriding commission.
  
VIP CONSULTANT

VIP consultant can earn from retail profit which he/she will gets an extra 5% (total of 25% discounts). To be qualified as VIP Consultant:

1) Have a minimum of six recruits in her group.

2) Overriding commission (4% - 3% - 2%)

3) Have to maintain a minimum of RM500 personal sale per month to qualify for overriding commission.

DIQ (Director in Qualification)

Before becoming a director, a VIP Consultant has to sign up for DIQ program.
To complete the DIQ program:
Minimum Personal Sales of RM1500
Minimum DIQ Team Sales of RM25000, includes personal sales.
By the end of 3 months program, have a minimum total of 15 active team consultants.
In the first 2 months of the program, your team sales must not fall below RM4000.
Benefits of a DIQ:
5% extra immediate discount off retail price
Overriding commission 5%, 4% and 3% respectively from level 1,2 and 3 recruits
Leadership bonus of 3% for minimum monthly group sale of RM3000.
After fulfilling the sale target, a DIQ will become a full fledged Director. A Director must maintain a minimum sale of RM3000.00 per month of the group sale for at least eight months in a year.

Monday, May 28, 2012

Amalan Untuk Mudah Bersalin


1. * Surah Maryam
* Surah Yassin
* Surah Yusof
* Surah Luqman
* Surah Al-Hasyr: Ayat 3
* Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
* Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
* Surah An-Nazi’at: Ayat 46
(tiup pada air, sapu pada perut dan juga minum air tersebut)
* Surah Az-Zariyat

Doa yang perlu dibaca untuk memudahkan ibu bersalin seperti berikut:

“Kemudian jalannya dimudahkan” (Surah Abasa: ayat 20)

“Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambanya”. (Surah Ghafir: ayat 44)

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim”. (Surah Al-Anbiya’: ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin.

Antaranya ialah:
* Ayatul Kursi
* Surah Al-A’raf: Ayat 54
* Surah Al-Anbiya’: Ayat 87

Sunday, May 20, 2012

DOA Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan


Al-Fatihah 7 kali
Selawat 7 kali
Subhanallah 44 kali
Alhamdulillah 44 kali
Allah hu Akbar 44 kali
Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

credit to : ainnoraini.blogspot.com